Pages

Thursday, November 22, 2012

peluang hebat untuk anda

 Berminat untuk menjadi pemilik kedai Farmasi???
berhadapan dengan masalah modal untuk memulakan perniagaan???
kurang pengalaman dalam berniaga??

Rebutlah peluang ini dengan hanya bermodalkan RM5000.00 sahaja..anda tahu bagaimana???

Jika Berminat boleh hubungi
azhar (0134111703)


 Tahukah anda?..
Cosway (M) Sdn. Bhd menawarkan satu perniagaan hebat yang terbaru iaitu COSWAY FARMASI berkonsepkan “FREE STORE 3 In 1” iaitu jenis KEDAI COSWAY, SERBANEKA DAN FARMASI.
HAMPIR SEMUA KOS OPERASI DITANGGUNG OLEH SYARIKAT…

PERCUMA!
PERCUMA KOS UBAHSUAI (RENOVATION)

Pihak Cosway tidak akan mengenakan sebarang caj kepada anda untuk kerja-kerja mengubahsuai kedai Cosway Farmasi untuk anda. Rekabentuk kedai Cosway Farmasi adalah bercirikan moden dan mengikut spesifikasi terkini untuk keselesaan pelanggan semasa membeli belah di dalam Kedai Cosway Farmasi anda.
PERCUMA SEWA BULANAN KEDAI
Sebagai usahawan, perkara yang pertama perlu difikirkan dan dititikberatkan ialah SEWA KEDAI, dengan Cosway Farmasi, anda tidak perlu lagi memikirkan tentang sewa kedai dan menghabiskan ribuan ringgit untuk menanggung segala kos sewa, kerana sewa kedai untuk Cosway Farmasi anda akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Cosway.
PERCUMA BAYARAN BIL BULANAN
Disamping Cosway membayar sewa kedai untuk anda, pihak Cosway juga akan menanggung sepenuhnya kos bayaran bil-bil utama bulanan. Antara bil-bil yang akan ditanggung oleh pihak Cosway ialah :
1. Bil Elektrik
2. Bil telefon/Internet (diberi rebet sehingga RM200)

PERCUMA SEKURITI
Setelah Kedai Cosway Farmasi anda siap dibina dengan jayanya, pihak Cosway juga akan memasang CCTV lengkap untuk memelihara dan melindungi Kedai Cosway Farmasi anda dari sebarang kecurian, rompak, samun dan sebagainya.
PERCUMA SEGALA PERALATAN
Cosway juga akan membekalkan pelbagai peralatan khas untuk memudahkan kerja-kerja menguruskan Kedai Cosway Farmasi anda seperti komputer, perabot, partition, ruangan pejabat, rak barangan, peralatan alatulis dan lain-lain untuk kemudahan anda.
PERCUMA STOK BARANGAN
Stok Barangan di dalam Kedai Cosway Farmasi anda juga adalah semua percuma dengan nilaian barangan hampir RM 500,000.00 hingga RM 600,000.00 tanpa anda mengeluarkan satu sen pun duit dari poket anda.
PERCUMA LATIHAN

Untuk melahirkan usahawan yang berkualiti tinggi dan berkaliber, pihak Cosway juga akan menyediakan pelbagai program latihan keusahawanan untuk anda sebagai pemilik Kedai Cosway Farmasi. Latihan diadakan dari masa ke semasa bagi mengemaskinikan produk terbaru dari Cosway.
PERCUMA JURUFARMASI

Sebagai pemilik Kedai Farmasi, sudah tentu anda memerlukan seorang juru farmasi DAN Cosway akan menyediakan khas untuk anda dan membayar gajinya.
TIADA RISIKO

** Kedai Farmasi anda adalah dijamin tiada risiko. Ini kerana pihak Cosway akan memberikan insurans seluruh kedai termasuk Insurans Kebakaran, Insurans Kecurian, dan lain-lain Insurans termasuk anda sebagai pemilik kedai farmasi.
PERCUMA KAJIAN PASARAN SETEMPAT
Sebelum pihak Cosway membina kedai farmasi untuk anda, lokasi adalah memainkan peranan peting, untuk peringkat permulaan, anda boleh memilih 5 lokasi yang berlainan. Pihak Cosway akan meneliti kembali semua lokasi yang disenaraikan dan akan hanya memilih 1 lokasi sahaja yang berkualiti dan berpotensi
Pendapatan Anda
Terdapat 4 punca utama pendapatan. Anda akan mendapat purata 10% dari keuntungan kedai farmasi anda. Bukan setakat itu sahaja, anda juga akan dibayar tambahan sehingga 15% dari belian runcit ahli dan juga bonus dari cawangan-cawangan yang mendaftar dibawah anda serta bayaran insentif daripada pihak Cosway.
PELUANG UNTUK MELUASKAN PASARAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA
“FREE STORE” Cosway sudahpun berada di Indonesia, Thailand, Australia, New Zealand, Jepun, Korea, Hong Kong, Amerika Syarikat dan United Kingdom. Akan datang di China, Columbia, Germany, Brazil, Turki dan banyak lagi. Bayangkan anda mempunyai cawangan-cawangan kedai anda di negara-negara tersebut tanpa mengeluarkan modal sesen pun.
Syarat-Syarat Membuka Kedai Cosway Farmasi:
  • Permohonan terbuka kepada lelaki dan perempuan
  •  
  • Minat yang mendalam untuk mengusahakan Kedai Farmasi.
  • Anda perlu mendaftar sebagai “Business Owner” (BO) eCosway dengan bayaran pendaftaran sebanyak RM 100.00 dan mempunyai modal sebanyak 1000ev (anggaran kasar bersamaan RM5 ribu) seberapa segera dan selewatnya dalam tempoh sebulan.
  • LULUS temuduga yang dikendalikan oleh pihak eCosway, JANGAN RISAU!! saya akan membantu anda untuk LULUS temuduga tersebut.
  • Menjalani Latihan Kerja menguruskan kedai Cosway Farmasi
  • Penyerahan kunci kedai impian anda!!!(cagaran sebanyak RM10 ribu diperlukan) akan dikembalikan semula kepada anda.

APA YANG ANDA DAPAT DARIPADA KAMI:

  • Contoh ‘Presentation’ dalam Bahasa Melayu untuk anda supaya mudah anda menerangkan kepada prospek anda.
  • Bagi mereka yang berada jauh daripada kawasan Kuala lumpur dan Putrajaya, kami akan emailkan softcopy dokumen-dokumen sokongan,CD dan road show juga akan dibuat. Produk yang dibeli akan dipos secara percuma ke rumah anda. Segala komunikasi boleh dibuat melalui telefon, emel atau kami akan turun padang sekiranya perlu atau tuan/puan boleh datang ke pusat latihan kami di Putrajaya
  • Contoh-contoh risalah untuk anda edarkan supaya anda dapat memperkembangkan rangkaian BO dan ahli VIP anda.
  • Kami akan membantu anda bersama-sama mencari ‘downline’ untuk anda, jika kami dapati anda betul-betul bersungguh-sungguh berusaha dan serius dalam perniagaan ini.
  • Jika anda sudah bersedia untuk ditemuduga, kami akan adakan ‘Mock Interview’ terlebih dahulu dengan anda oleh pakar-pakar dari kumpulan kami supaya kami dapat memberi komen membina keatas anda. Kami inginkan anda benar-benar bersedia dan lulus temuduga yang dilakukan oleh kakitangan Syarikat Cosway nanti. SEKALI TEMUDUGA TERUS BERJAYA.
  • Bimbingan dari masa ke semasa sehingga anda dapat membuka kedai farmasi sendiri
    BUKAN REKAAN


Monday, November 19, 2012

Anak Desa

sesape yg belom kenal mai sini cek nk memperkenalkan....

dia ni tak da la meletup sangat dekat area semenanjung ni....tpi lau hampa semua peeeee ke sabah terutamanya area Tenom, Keningau.....sebut saje dengan nama "Jua"...misti orang kenal....



cantik siot, tpi aku dh cop..hehehe....apa2 pn lau korang nk lebih kenal...cuba dulu dengar suara dia yop...


                          

ni lagi satu ye...tak kenal maka tak cinta bukan, dah kenal jangan bercinta pula....tttt




santan kokain

bunyi macam beeeesssstttttt je....dah tak payah pakai kelapa, kerajaan pn tak perlu nak pening-peniang kepala isu kelapa tak cukup bila tiba musim raya nanti...ummmmm

Santan 'kokain' dirampas

Noor Rashid (dua dari kanan) bersama Pengarah Kastam Negeri Selangor, Datuk Azis Yacub (tiga dari kiri) menunjukkan sebahagian 384 tin santan kelapa yang mengandungi larutan dadah kokain yang dirampas di Bukit Aman, semalam. - Foto BERNAMA Noor Rashid (dua dari kanan) bersama Pengarah Kastam Negeri Selangor, Datuk Azis Yacub (tiga dari kiri) menunjukkan sebahagian 384 tin santan kelapa yang mengandungi larutan dadah kokain yang dirampas di Bukit Aman, semalam. - Foto BERNAMA
Kuala Lumpur: Sindiket antarabangsa kini dikesan melarutkan serbuk kokain menjadi cecair dan dicampur dengan santan segera sebelum dieksport ke negara destinasi.

Modus operandi terbaru itu dikesan selepas polis dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas 16 karton berisi 384 tin santan kelapa yang dicampurkan dengan dadah berkenaan yang dianggar bernilai RM22 juta.
Dalam serbuan yang dilakukan pada jam 2 pagi, 12 November lalu di Pelabuhan Klang itu mendapati dadah itu diproses menjadi cecair terlebih dulu sebelum dicampur dengan bahan makanan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata berdasarkan maklumat daripada Penguatkuasaan Pentadbiran Anti Dadah Amerika Syarikat (USDEA), pihaknya bekerjasama dengan Kastam Selangor untuk memintas sebuah kapal yang mengangkut barangan terbabit.

Katanya, kapal yang berlepas dari negara Guyana menuju ke Mozambique itu berhenti di Pelabuhan Klang untuk memindahkan kontena bermuatan 980 karton berisi tin mengandungi santan kelapa dan ketulan nanas.

Selepas pemeriksaan terhadap kontena itu dijalankan, didapati sebanyak 16 karton daripada keseluruhan muatan yang berisi santan kelapa memiliki larutan kokain.

Pemeriksaan oleh Jabatan Kimia dan Forensik polis turut mendapati setengah daripada isi kandungan tin terbabit adalah campuran larutan dadah itu yang dianggarkan seberat 76 kilogram, katanya di Bukit Aman, semalam.
Katanya, rampasan dibuat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952. Bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan ketika serbuan dibuat.

Siasatan awal PDRM mendapati, warga tempatan tidak mempunyai kaitan dengan sindiket dadah antarabangsa ini dan siasatan lanjut akan diteruskan bagi mematahkan sindiket ini, katanya.(BH)

Nora Danish

sweet-sweet maaaaa....



pix_gal0
Jarang sekali kita dengar Anuar Zain bercerita soal hati dan perasaan. Setiap kali diajukan persoalan mengenai wanita pilihan, jawapan diterima cukup klise.

Namun, pengakuan dibuat penyanyi popular ini pada majlis pelancaran video muzik Ajari Aku di Solaris Dutamas, semalam, mengejutkan media yang hadir.
Tanpa berselindung, Anuar, 42, mengakui meminati Nora Danish. Malah jika ditakdirkan dia bercinta dengan pelakon itu, dia tidak akan menolaknya.


“Memang Nora menepati cita rasa wanita idaman saya. Kalau ada teman wanita pun, saya akan cari seperti dia. Saya suka lihat wajahnya dan menyenangi karakternya yang feminin serta manja,” dedah penyanyi Ketulusan Hati ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Loan Cheong, dan pengarah muzik video terbabit, Ghaz Abu Bakar.

Rahsia ini didedahkannya ketika menjawab pertanyaan media mengenai pemilihan Nora membintangi muzik video terbarunya itu.

Walaupun meminati aktres putih melepak itu, tegas Anuar, mereka bersikap profesional ketika bekerja.
“Sampai saja di set, kami jalankan tugas masing-masing. Selepas selesai semua tugasan, kami balik rumah. Kami berbual pun mengenai kerja,” jelasnya sekali gus menepis dakwaan kononnya mereka beberapa kali keluar bersama selepas penggambaran berakhir.

Memandangkan status kedua-duanya solo, Anuar turut diusik pertanyaan tidakkah dia teringin menjalinkan hubungan dengan pelakon berdarah kacukan Melayu-Myanmar itu? Sambil tertawa Anuar menjelaskan, buat masa ini dia lebih selesa bersendirian. Dia juga lebih senang membiarkan hubungan dengan Nora kekal sebagai kawan.

Menerusi klip video cukup menyentuh perasaan itu, Nora berlakon sebagai isteri Anuar. Ia turut menampilkan Datuk Rahim Razali.

Dalam perkembangan lain, penantian Anuar untuk mengadakan konsert solo berskala mega berakhir dengan kemunculan konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari. Bakal diadakan pada 16 Februari 2013, sehari selepas sambutan ulang tahunnya,

“Sesuai sambutan 30 tahun saya dalam dunia seni, banyak perkara menarik akan diketengahkan dalam konsert ini. Antaranya, perubahan dari segi susunan muzik.

“Saya sudah memilih lagu yang bakal dinyanyikan dan semuanya lagu popular saya sejak mula menjadi penyanyi. Selain itu, konsert ini juga akan menggunakan skrin LED,” katanya.

Anuar juga tidak akan menampilkan penyanyi undangan atau paduan suara pada konsert itu. Mengenai penajaan, Anuar berkata, perkara itu masih lagi diusahakan.

“Konsert ini anjuran syarikat saya, Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Universal Music. Buat masa ini kos penganjuran ditanggung bersama.

Kami belum dapat kos sebenar, tapi jumlahnya memang tinggi kerana kami mahu menyajikan yang terbaik buat peminat. Bagaimanapun, usaha mendapatkan penajaan berterusan,” jelasnya yang kali akhir mengadakan konsert solo pada 2009, di Istana Budaya.

Israel terus menganas


Kalau sek-sek kelate kito dengar berita macam ni kat kedai kopi misti apa yang akan keluar dari mulut ialah "Menate beruk Yahudi ni, baso bodo"..

Semua itu adalah kenyataan dan yahudi ni memang suka memporak perandakan dunia.

Israel terus mengganas


  • Foto Penduduk melihat kemusnahan rumah keluarga al-Dallu selepas jet Israel melancarkan peluru berpandu.
  • Foto Doktor memeriksa mayat empat kanak-kanak ahli keluarga al-Dallu, mangsa serangan Israel di Gaza. - Foto AP
Gaza: Mereka kata Mohammed masih hidup! jerit Khalil al-Dallu ketika penyelamat menarik mayat seorang pemuda dari sebuah kediaman musnah dek serangan udara Israel.

Seramai 29 lagi penduduk Gaza maut lewat kelmarin hingga semalam ketika operasi Israel masuk hari ke-6 yang digelar Pillar of Defence (Operasi Tunjang Pertahanan).
Khalil mengalirkan air mata apabila dimaklumkan bahawa sepupunya itu antara enam ahli keluarga al-Dallu yang maut selepas peluru berpandu Israel menggegarkan kawasan kejiranan Nasser, meruntuhkan kediaman tiga tingkat mereka.


Keluarga kami syahid! tangis beliau ketika mayat Mohammed al-Dallu dimasukkan ke dalam ambulans.

Apa dosa kanak-kanak dan bayi ini, Israel? jerit beliau. Sebelas mayat ditarik dari runtuhan bangunan itu dan kawasan sekitar.

Mayat isteri Mohammed, Suheila juga ditemui selain lima anak mereka, Jamal, Sara, Yussef, Ranin dan Ibrahim.

Mayat seorang wanita lain yang juga ahli keluarganya turut ditarik keluar. Serangan turut membunuh dua lagi jiran mereka dari keluarga Muzzana iaitu Amina Mattar, 83 dan Abdullah Mohammed, 22.
Bapa Mohammed, Jamal dan anak lelakinya, Abdullah, 17, terselamat. Ketika serangan mereka keluar membeli makanan.

Jamal sekadar mampu bersandar pada tiang elektrik sambil saudaranya memenuhi kawasan sekitar ketika cebisan mayat cucunya dikutip di kawasan yang pernah menjadi kediaman mereka.

Dalam keadaan yang hampir histeria kerana terlalu marah dan sedih, Ibrahim menjerit: Jangan beritahu abangnya Abdullah. Trauma akan membunuhnya! Abdullah, 26 pada masa ini belajar di Turki dalam bidang perubatan.

Di Ramallah, pergerakan Fatah dan Hamas memutuskan untuk bersatu ketika krisis berlangsung di Gaza.

Sesiapa yang kata kami tidak bersepakat adalah penjenayah mulai hari ini, kata pemimpin kanan Hamas, Mahmud al-Ramahi ketika 1,000 orang berhimpun membantah keganasan Yahudi.

Mulai sekarang, kami umumkan tiada lagi perpecahan, kata pegawai kanan Fatah, Jibril Rajoub.
AFP (Berita Harian)

boikot yahudi laknatullah


Bila terbagun je dari tidur pagi ni, aku rasa tertarik pulak dengan satu berita panas di berita harian ni, kalau orang Eropah yang kita selama ni suka menindas boleh memboikot barangan Yahudi dengan begitu berkesan,....knapa kita negara malaysia yang mejoriti penduduknya islam tidak boleh buat perkara yang sama...


Eropah boikot firma Yahudi

Stockholm: Musim panas 2011 mencatat rekod baru bagi syarikat Israel dan antarabangsa yang terbabit dalam pencabulan hak asasi manusia terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat.

Antara kesan paling ketara berikutan kempen pemulauan produk buatan Israel di Eropah ialah apabila pengeksport sayur terbesar negara Yahudi itu, Agrexco, bankrap.
Satu lagi firma ialah Veolia dari Perancis yang mendapat kontrak Kerajaan Israel untuk memberi khidmat kereta api kepada pendatang Yahudi di Tebing Barat. Veolia mengumumkan kerugian besar berikutan tekanan aktivis di seluruh dunia.


Terbaru, di Sweden, pengeluar minuman bergas Israel, Sodastream, menerima tamparan hebat selepas pasar raya Coop mengumumkan 19 Julai lalu bahawa ia akan berhenti membeli produk dari penempatan haram Yahudi.

Ia adalah kemenangan penting bagi pergerakan BDS (boikot, pilih pelaburan dan sekatan) kerana Sweden adalah pasaran terbesar Sodastream dengan seorang setiap lima pemilik rumah memiliki produknya.

Syarikat Israel itu menjadi sasaran kempen aktivis Sweden sejak dua tahun lalu. Aktivis mendedahkan syarikat itu menjadi tali barut penjajahan di wilayah Palestin.

Kilang utama Sodastream terletak di Mishor Adumim, zon industri terletak di penempatan Yahudi iaitu Maaleh Adumim di Tebing Barat.
Coop Sweden memiliki 21.5 peratus pasaran peruncitan tempatan. Ia membuat keputusan tidak lagi berurusan dengan Sodastream selepas televisyen menyiarkan laporan memaparkan operasi Sodastream di Mishor Adumim.

Menggunakan maklumat wartawan Israel dan pertubuhan hak asasi manusia selain data korporat Sodastream, laporan TV4 menunjukkan, firma itu dan pengedarnya di Sweden, Empire tidak bercakap benar, iaitu produknya yang dijual di Sweden adalah daripada penempatan haram Yahudi.

Tiga tahun lalu, Empire berjanji bahawa ia tidak lagi akan mengedarkan produk dari penempatan haram Yahudi.

-Rakyat Malaysia perihatin bukan?
-Atau rakyat Malaysia masih dengan sikap "ala kalau aku seorang sahaja yang boikot, tak ada kesannya   pada dunia, alaaa kalau aku sorang je yang  tak boikot tak pe kot?"
-Sedikit sahaja pertolongan dari kita...tepuk dada tanya sama pokok okey...

kalau bukan sekarang bila lagi

tak rugi kalau mencuba, mencuba tidak semestinya berjaya, berjaya tidak semestinya kaya, kita yang perlu ubah kn... ce try tngok skit 
 
Program Pembangunan Francais

Pengenalan
 

Program Pembangunan Francais (PPF) adalah satu program pemasaran berteraskan konsep Pensyarikatan Malaysia yang bertujuan membangunkan usahawan-usahawan kecil dan sederhana (UKS) di sektor perdagangan, perkhidmatan dan perindustrian. Pelaksanaan sistem Francais memungkinkan penyertaan UKS ke dalam satu rangkaian perniagaan tempatan dan antarabangsa yang lebih besar dan risiko yang lebih rendah berbanding memulakan perniagaan sendiri.

Di bawah PPF, syarikat induk atau francaisor memberikan hak pemasaran/pengedaran yang komprehensif kepada UKS atau syarikat francaisi bagi menjalankan sebuah perniagaan yang berdaya maju dan kompetitif berdasarkan satu kontrak yang dipersetujui bersama untuk satu tempoh masa tertentu dan dijalankan pada suatu kawasan yang dikenalpasti.
 
Syarat-syarat penyertaan

Semua francaisor atau francaisi induk yang telah berdaftar di bawah Seksyen 6 Akta Francais 1998 layak dipertimbangkan di bawah Program Pembangunan Francais dengan memenuhi syarat-syarat berikut: 
  • Mengemukakan borang BPF 1 yang telah lengkap diisi dan telah diperiksa ketepatan dengannya.
  • Mengemukakan penyata kewangan beraudit bagi tempoh 3 tahun terakhir yang telah diperiksa dan didapati berdaya maju.
  • Mengemukakan unjuran untung/rugi syarikat francaisi bagi tempoh 5 tahun yang telah diperiksa dan didapati wajar.
  • Memiliki sekurang-kurangnya 1 outlet francaisi yang dimiliki oleh syarikat Bumiputera menepati nisbah 30% francaisi Bumiputera seperti yang disyaratkan.
 

Usahawan-usahawan yang layak dan berpotensi untuk dilantik sebagai francaisi dan syarikat-syarikat perniagaan atau usahawan yang mempunyai produk yang berpotensi untuk difrancaiskan adalah dipelawa menyertai PPF.

kalau ada bran la

tu dia...sap2 nk try boleh je...
macam2 pasal kereta anda boleh diselesaian, hanya perlu jumpa doktor yang tepat...kalau sudi silalah bertandang ke 

http://www.mudah.my/zaidy-z-garage-motorsport-kajang-selangor

kalau nak kasi  lebih clear lagi dengan perkhidmatan yang disediakan boleh la try2 layan jgak kat sini
https://foursquare.com/v/z-workshop-garage-motorsport/4da816adcda119a2c8f4e4c4